Posted by azmie on January 4th, 2009
1/1/09 disambut buat pertama kali nya sepanjang umur hidup aku, di Genting Highlands. Well bukan aku sorang, tapi bersama 2 orang lagi rakan-rakan merangkap budak sewa rumah aku. Jalan citer sebenarnya, member aku yang agak lama tak dihubungi telah berborak dengan aku menerusi YM. Al kisah dimaklumkan ler kepada aku mengenai satu konvoi ni yang dianjurkan oleh member aku bersama kawan-kawannya dimana konvoi itu akan disertai oleh sekumpulan kereta-kereta mewah dan juga sport, yang mana akan beramai-ramai memporak perandakan Genting.
Setelah berfikir 2-3 kali maka aku pun menerima pelawaan itu, terasa ingin gak dalam hati tu nak tengok kereta-kereta sport dan mewah dengan mata kepala sendiri disamping agenda lain aku untuk merasai bagaimana suasana kat sana
Read the rest of this entry »
Posted by azmie on December 29th, 2008
Inilah saat dimana aku memang takder idea / masa langsung untuk update blog ni. Sorila kepada mereka yang minta untuk update. Aku cuba untuk memblog paling sedikit pun sekali dalam sebulan. Tapi bergantung kepada keadaan juga. Jika ada idea maka akan blog lah aku ni.
Apa pun aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430, dan juga Salam Tahun Baru 2009. Pasang tekad /azam baru / laksanakan azam yang masih tertangguh tu / sambung melaksanakan azam sedia ada jika tak tercapai lagi. Doakan agar tahun yang bakal mendatang ni lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Dan yang penting…
show
Ceria-ceria selalu ye?
Posted by azmie on December 12th, 2008
Alhamdulillah dapat setel skali banyak arini…
Apa yang aku buat?
Renew hosting aku
Renew hosting aku azmie.net ni sebelum tamat tempoh pada 25hb Disember ni. Ada duit dapat le aku renew. Kalu tak terpaksa le “temporarily unavailable” nanti, yang mana aku cuba sedaya-upaya untuk jauhi. Bulan 5 nanti nak kene renew domain name untuk gempax.net lak. hmmm
Install wordpress baru
Baru dapat tau ader version wordpress yang baru (2.7) diberi nama “coltrane“. Sekejap je aku install mende ni dengan ader plugin WPAU (wordpress automatic update). Takyah le susah-susah nak buat secara manual cam time dulu kala tu (sapa yang otai yang pakai version wordpress sebelum 2.0 tu tau le…hehe). Version yang baru ni memberikan interface yang lain seperti version yang sebelumnya yang seperti biasa tampak hebat bagi aku…tapi ader gak ler mende-mende kecik cam layout tu yang lari sket…tapi overall kira hebat gakla…So pe lagi rakan-rakan wordpress sekalian…mulakan penaiktarafan anda…hehe
Mendaftar di youthsay
Ni pun aku baru dapat tau, apa yang aku tau le konsep dia cam “pendapat kita dibayar”, atau lebih kurang camtu la. Nak tau lebih lanjut sila la klik link disebelah kanan page aku tu ye, ader banner die kat situ. Tak jumpe? sila klik SINI
Nenek aku masuk ICU lagi
Baru dapat tau semalam dari abang aku. Aduhai baru je jumpe die kat rumah mak sedara aku kat Setapak raya haji lepas. Masa tu aku dah perasan die asek batuk aje. Aku tanya le dah lama ke kene katanye sejak datang rumah mak sedara aku yang die start kene tu. So aku pun anggap le puncanye pasal cuaca sejuk. Iyela hari tu kan satu hari hujan je manjang. Sekarang ni aku dengar kata die kene admitted pasal jantung lemah, paru-paru berair dan tengah tak sedar tu. Alamak aku kene keje lak Sabtu Ahad ni. Camner nak wat ni… :8
Apa yang dah aku buat lak?
Semalam, setelah seminggu lebih baru le 100% siap download torrent untuk game GRID yang en winter bagi kat aku tu. Memang jauh berbeza ngan NFS dan lagi besh! So real….thanx winter…hehe
Posted by azmie on November 16th, 2008
Aku la pe lagi. Sebulan dh x apdet blog ni. Tau tau je dah bulan 11 dah. Punye la cepat masa ni berlalu tak perasan. Ni tak lama lagi sampai la masa nak perah kocek aku lagi ni. Nak kene renew domain name ngan hosting. Waduhh…well itu la yang patut dipertimbangkan jika dah mempunyai hosting sendiri ni. Tapi jangan risau akan tetap aku sambung langganan aku hehe
Lepas citer balik kampung raye aritu, hmmm. Well ucapan selamat tinggal kepada kereta kebal itam aku tu. Aku dah serahkan kat abang aku untuk diserah milik kepada orang lain. Berlaku sejurus lepas aku sampai dari kampung kat bengkel bapak aku. So aku pakai kete pe sekarang? hehe. Takde gambo lagi, tapi yang aku dapat bagitau, ia lebih kurang bersaiz kecil berbanding kete lama aku dan berwarna oren. The orange thing le katakan :P.
Cite lain, dalam beberapa ketika gak le aku dah start kembali menggunakan PC, no more laptop mode always. Aku beli lengkap satu sistem dari LYN aritu, yang bagi aku kira berpatutan le (2nd hand ajer, malas nak beli baru). Bukan pe terasa tak dapat nak pi lebih ngan laptop aku tu. Dah ade PC ni leh main game berat2 sket nt. FYI aku baru belajar main DOTA ni kekeke. Takle terer sangat tapi lama2 nanti terer la tu….kuikuikui.
Posted by azmie on October 15th, 2008
Cuti raya aku kejap sahaja. Raya pertama petang tu aku dah balik KL dah pun. Lepas aje cuti raya aku da start keje balik dalam 3hb. Ape nak buat cume dapat cuti 1&2 hb aje. Tapi da cukup baik le ada cuti. Masa kat kampung haritu pun tak ramai lagi sedara-mara yang balik. Pendek kata cuma aku sorang aje yang balik. Mana nak nye tengah puasa lagi masa tu. Pastu dah petang tu kene gerak balik KL dah…hmmm takpe la janji dapat jenguk muka nenek aku da cukup. Masa pagi raya pertama tu ajela dapat jenguk sepupu-sepupu yang memang duduk kat sane, dan ada yang balik malam sebelum raya. So sempat le jumpa depa.
Ade sepupu aku sorang tu yang baru aje aku perasan, (belakang gambar aku tu) tak hengat baru sambar kete Honda sebijik. Al-maklum le business woman katakan. Jeles lak aku hehe
Ni le rumah nenek aku. Yang sentiasa aku akan pulang setiap raya. Insya-Allah lepas kerja baru aku ni, ingatkan nak kerapkan sket lagi balik kampung tu. Takder lar setakat raya aje baru nak balik kampung nye. Yang kete itam seblah tu mungkin tak lama lagi hanyalah tinggal kenangan (itu citer lain le pulak ye nanti
)
Pagi lepas sembahyang raya tu ramai le keluarga belah nenek aku datang kunjung ke rumah, yang aku nak kata tak tahu langsung tu takder ler…tapi jarang sangat jumpe. Even arwah mak aku pun jarang sangat sebut pasal depa (jadi susah gak tu bila orang pun tak kenal kita anak sape…huhu)
Yang kat belah kiri tu yang duduk atas kerusi tu le nenek aku.
Penuh gak le ruang kat belah bawah rumah tu. Bahagian depan rumah tu aras dia lebih tinggi jadi agak panas so tak digemari sangat le kalu duduk kat atas tu. Lagipun yang datang pun sedara-mara jadi lebih baik le dok kat bawah pasal nenek aku pun tak larat nak naik ke atas.
Yang kat belakang belah dapur sana semuanya sepupu-sepupu perempuan. Jadi malas nak kesana takut kene gosip hehehe…kalu nak berkenalan bagitau ajer kat aku nanti, senang le aku nak pelangkung korang…hehe kidding
>>>to be continued…
Recent Comments